Lawatan dan Tinjauan MCMC Johor ke PEDi Paya Jakas

16 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

15 Februari 2024, telah didatangi Pengarah MCMC Negeri Johor Tuan Mohamad Rizal Ahmad, Encik Fahrulrazi Hashim, Puan Nur Adilah Samsudin ke PEDi Paya Jakas untuk membuat lawatan dan tinjaun mengenai program Hari Bersama Agensi di bawah Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi 2024 yang akan berlangsung pada 09 Mac 2024 (Sabtu).

Mereka memilih PEDi Paya Jakas sebagai tempat untuk menjadi salah satu tempat lawatan kerja di kawasan Jementah. Satu lawatan kerja akan dilakukan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Perancangan dan persepakatan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali